Di WebHostingBlab, kami percaya bahawa cara terbaik memilih web hosting pilihan anda adalah melalui sedikit kajian mengenai web hosting tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berdasarkan maklum balas pengguna semasa web hosting tersebut, selain pakej servis yang ditawarkan memudahkan anda memilih web hosting terbaik untuk laman web anda.
Maklum balas di WebHostingBlab adalah berdasarkan penilaian pengguna sendiri. Setiap web hosting dinilai berdasarkan ciri-ciri web hosting tersebut, khidmat bantuan & sokongan, masa up server, harga yang berpatutan dan penilaian secara keseluruhannya. Lebih banyak maklum balas daripada pengguna, lebih tinggi kepercayaan diberikan oleh pengguna terhadap web hosting tersebut.
WebHostingBlab diusahakan atas inisiatif untuk menyediakan sebuah laman yang membolehkan para web master memilih web hosting terbaik untuk mereka. Maklum balas yang diberikan adalah jujur dan ikhlas dari pengguna sendiri. Kami tidak dipengaruhi oleh mana-mana web hosting dan tidak membenarkan sebarang pengiklanan dari sebarang web hosting. Namun, sebarang promosi yang ditawarkan dari mana-mana web hosting boleh disiarkan atas persetujuan kami.
Jika anda rasakan maklum balas pengguna di sini sangat berguna dan anda ingin membantu kami sebagai balasan, sebar dan kongsikan mengenai laman web ini kepada rakan-rakan anda. Anda boleh memasukkan link laman web ini dalam blog atau laman web anda. Ceritakan dalam Friendster, Facebook atau MySpace dan syorkan kami kepada rakan-rakan anda yang masih samar-samar memilih web hosting terbaik buat mereka. Akhir kata, terima kasih atas sokongan anda!